Patutlah Restoran Ni Jadi Favorite Tun M Bersarapan. Senarai Menunya Memang Mengancam!

Village Park Resturant ternyata tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang biasa, pasti tahu akan keenakan juadah disini. Paling istimewa, sajian nasi lemaknya yang menjadi bualan ramai. Restoran ini juga merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran serta pilihan selebriti tanah air, ahli-ahli politik serta para VVIP. Antara yang pernah menjamu selera disini ialah Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak, jaguh badminton negara; Dato’ Lee Chong Wei dan ramai lagi.

Foto: Facebook/ Village Park Restaurant

Jangan tak tahu, ia juga adalah restoran kegemaran Tun Dr Mahathir untuk bersarapan tau. Lihatlah ‘moment’ Tun M diserbu rakyat yang nak ‘selfie’ bersama beliau. Happening sungguh! Tun pun sangat ‘sporting’.

foto: Mukhriz Mahathir FC

Foto: Kelab Che Det

Apa yang best sangat dekat restoran ni sehinggakan ia menjadi pujaan ramai? Ha..Inilah sebabnya!

1. MENU SEMPOI TAPI SEDAP

 😀👌🏻 you’re always welcomed here! #Repost @grungeee ・・・ Dreaming of this right now. Food in northern Italy is meh (mostly Austrian and German food) and if I have to have another plate of veal or cold beef, I’m gonna shot myself! 😖

A post shared by Village Park Restaurant (@villageparkofficial) on

Sajian paling popular di restoran ini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng. Bunyinya agak biasa tapi percayalah, rasanya memang luar biasa! Nasi dimasak lembut dan wangi, dihidang bersama sambal enak serta dilengkapi dengan ikan bilis garing, kacang tanah rangup, hirisan timun segar, potongan telur yang direbus sempurna dan dialas dengan daun pisang. Fuh!!! Memang beraroma dan rasa sempurna.

2. HIDANGAN SAMPINGAN YANG WALLAH!

No doubt one of the best nasi lemak we’ve tasted! 😋 Tak rugi laaaa dtg sini! Malam nanti kita makan sate pulak!! @siskaeddy Mu tunggu ku datang! 😜

A post shared by Hariyani Sarmin (@hariyani) on

Thank you for your kind words and patience! #Repost @ipohmotormouth ・・・ “The Unorthodox X’mas Breakfast” Killer sambal, fragrant/fluffy coconut milk-infused rice & that crispy fried chicken. Best Nasi Lemak still, despite the overwhelming crowd, long wait for a table & smaller portions. . . . #nasilemak #villagepark #malaysianfood #breakfast #ipmmkl #kualalumpur #klfood #christmasmood #tehtarik #topcitybites #topmalaysiarestaurants #sedap #halal

A post shared by Village Park Restaurant (@villageparkofficial) on

Foto: Facebook/ Village Park Restaurant

Ayam goreng di restoran ini dikatakan antara yang terbaik di KL. Tekstur ayam gorengnya yang bersaiz besar, garing diluar dan lembut di dalam juga menjadi sebab hidangan ini mendapat permintaan tinggi. Selain ayam goreng, nasi lemak disini juga boleh dipesan bersama lauk sampingan yang lain. Antara yang mendapat rating tertinggi dikalangan pelanggan adalah Sambal Sotong dan Rendang Daging. Wow!

3. PELBAGAI PILIHAN SAJIAN

Finally, the ever popular #nasilemakvillagepark #sedap #foodpost #lontongdiapunsedap

A post shared by nadiya78 (@nadiya78) on

We took our BFFs from Sydney to this famous restaurant for Nasi Lemak, Malaysia’s national dish. The line is insane! The crowd is unbelievable. Unbelievable! #3December2017 #nasilemak #breakfast #malaysianfood #celebration #thefoodpornclub #TungNamSaiPakWanYehSek #delish #yummy #sodamngood #foodie #foodgasm #foodporn #foodpics #streetfood #foodfetish #foodstagram #iphone6 #giinsterfood #giinsterlovestoeat #photooftheday #follow4follow #followme

A post shared by Giin Yong (@giinster) on

Jika tak terasa nak makan nasi lemak, usah risau. Anda tak akan pulang dengan perut kosong! Ini kerana terdapat pelbagai lagi pilihan lain yang boleh dicuba. Antara yang ada dan mendapat komen baik dari pelanggan ialah Lontong, Soto, Mi Udang Penang, Assam Laksa, Mi Rebus Singapure, Mi Kari, Rendang Daging dan Set Nasi Dagang. Malah anda juga boleh menikmati Chee Cheong Fun, Ipoh Hor Fun Soup,  dan Pan Mee. Bagi yang tak nak makan sajian berat, ada juga disediakan Roti Sambal, Roti Kukus, Roti Bakar dan bermacam-macam lagi.

4. BUKA AWAL PAGI

多人到~

A post shared by Cobi Koh (@cobikoh) on

Bagi yang nak bersarapan disini, ia dibuka seawal jam 6.30 pagi. Restoran yang terletak di Jalan SS21 / 37, Damansara Utama ini sememangnya dipenuhi pelanggan terutamanya pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh itu disarankan untuk datang lebih awal atau datang diluar waktu puncak untuk menikmati pengalaman makan disini dengan selesa.

INFO RESTORAN: 

Village Park Restaurant

5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • Isnin-Jumaat: 6.30 pagi – 7.30 petang
  • Sabtu & Ahad: 6.30 pagi – 6.00 petang

 

Sumber: Rasa

Baca Juga:

loading...